Sebelum ini amba telah membawa gagasan ‘lidah Malayaw’, semacam suatu langkah pemolosan dan mendekatkan ‘bahasa Melayu’ ke akarnya, rumpun Nusalatan (Austronesia). Namun, ‘bahasa Melayu’ telah ribuan tahun berakar umbi dan merimpang di tanah leluhur ini, iaitu Ranah Melayu, dan sewajarnya berhalakan atau bertunjangkan kepulauan Melayu itu sendiri. Gagasan ini tidak menolak hubungan kekulaan antara orang Melayu dan penduduk biang Formosa, mahupun pendiam pulau-pulau di Lautan Teduh. Namun, ungkayah ini lebih menumpukan pembangunan dan perlesatarian ‘bahasa Melayu’ di lingkungan setempat. Oleh itu, permadahan ‘bahasa Melayu’ mahupun ‘lidah Malayaw’ kurang berperi setempat dan permadahan baharu menjadi satu keperluan. Permadahan ‘beka Melayu’ kelihatan cocok dan padan dengan arah tuju ungkayah ini. Beka diambil daripada madah lama dalam beka Melayu sendiri yang membawa paran cakap kahau sidang. Beka Melayu menjadi satu cetusan untuk penggiat beka dalam membawa beka Melayu pulang ke lubuknya setelah terlalu jauh bertualang ke mudik asing.  Perlahan-lahan, pengaruh dan madah asing dalam beka Melayu dapat dikikis dan madah-madah lama mahupun setempat dapat dipakai dan ditenarkan kembali. Semoga sinar beka Melayu kembali bergemerlapan di rantau ini mahupun di persada kalangbayan. Ungkayah mengangkat beka Melayu bukan satu angkapan lapuk mahupun sia-sia namun satu bereja yang memerlukan sokongan padu dari setiap penutur biang beka Melayu. Diingatkan kembali yang beka Melayu pernah menjadi beka penengah di kepulauan ini, tidak kira dari bayan atas angin mahupun bayan bawah angin. Bahkan di wayah ini, beka Melayu menduduki tempat kelapan dalam senarai beka-beka yang mempunyai hitungan penutur terbanyak di dunung. Sesungguhnya, beka Melayu bukanlah beka picisan kahau enteng terpojok di ceruk-ceruk rimba dan kampung baih. Beka Melayu raya di seluruh buana.

Leave a comment